• +60 (19) 818 6556 / + 60 (11) 1052 6270
  • info@haztech.com.my / +60 (82) 243 395

Lebuhraya Pan Borneo pemangkin lonjakan baharu di Sabah & Sarawak - Najib

Lebuhraya Pan Borneo pemangkin lonjakan baharu di Sabah & Sarawak  Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya projek Lebuhraya Pan Borneo bakal menjadi pemangkin lonjakan baharu kepada demografi dan sosioekonomi Sabah dan Sarawak mencakupi peningkatan kualiti hidup, pembangunan koridor baharu ekonomi serta membuka peluang baharu kepada masyarakat setempat.

Perdana menteri berkata ia selaras dengan 'Aku Janji Kerajaan' pada 13 April 2013 untuk menyediakan jaringan jalan raya lebih efisyen dan selamat kepada penduduk Sabah dan Sarawak.

"Maka hari ini sekali lagi, Aku Janji tersebut direalisasikan," kata Najib dalam catatan di blognya, najibrazak.com.

Najib hari ini melancarkan Pakej Kerja Keenam Projek Lebuhraya Pan Borneo sejauh 19.6km menghubungkan Putatan dengan Inanam yang berharga RM900 juta, dan menyifatkannya sebagai satu lagi detik bersejarah buat Sabah.

Pakej kerja yang dilancarkan sebelum ini ialah Pakej Papar-Donggongon pada 24 April 2016 di Papar, Pakej Tawau-Semporna pada 28 Mei 2016 di Tawau, Pakej Jalan Pintas Lahad Datu pada 19 Dis 2016 di Lahad Datu, dan Pakej Sindumin-Kampung Melalia pada 4 Mac 2017 di Sipitang.

src: Click Here